kalau kau tak faham quote tu tolong pergi google translate. belajar bahasa sikit. okay ehem, sebenarnya aku bukan nak cakap pasal si Chanduri anaknya Chinta yang gedik terlebih dos tu. apa yang aku maksudkan ialah CINTA. yeah aku tau cinta memang topik terhangat untuk budak budak bajet muda zaman sekarang. realitinya, memang fitrah manusia rasa nak mencinta dan dicintai oleh seseorang yang bukan sejenis. kalau tak, bukan manusia lah tu.
alah, aku pun ada zaman jahiliyah aku sendiri, aku tau perasaan tu. memang bila dah rasa mencinta dan dicintai, rasa heaven weh. nak tidur ingat dia. nak mandi ingat dia. nak solat pun sampai teringat dia! lepas tu senyum sorang sorang. peh memang hidup dengan zina hati la seh. tau dosa besar, tapi layankan jugak sebab nikmat bercinta sangatlah tak terkata best! hua, jiwang pulak. backspace backspace.
ehem, semalam aku ada lah baca majalah SOLUSI. section REMAJA, peh terbaik! ehem, kau tau apa? sebenarnya kan, ALLAH cemburu bila hambaNYA lebih mengutamakan yang lain selain dariNYA. DIA cemburu bila melihat hambaNYA selalu mengingat yang lain selain dariNYA. DIA cemburu bila dalam hati hambaNYA ada yang selain dariNYA. sungguhlah, ALLAH itu memang pencemburu. (hadith)
tapi kan, DIA bukan cemburu dengan kau sebab kekurangan kasih sayang. dan lagipun DIA tak luak apa apa lah kalau kau nak hanyut dengan cinta dunia pun. tapi, ketahuilah yang cemburu tu tanda sayang, jadi sebenarnya DIA sayang sangat dengan kau. takkan kau tak nak kisah kot? tolonglah jadi bijak. nak banding cinta ALLAH dengan cinta manusia, tak ke kontra terang terangan tu? nak live well ke live hell ke, kita pilih lah. cuma kena make a right decision je.
"Wahai manusia yang berjiwa tenang! Kembalilah kepada TUHANmu dalam keadaan redha lagi diredhai. Maka masuklah kamu dalam kalangan hamba hambaKU. Dan masuklah ke dalam syurgaKU!" (alFajr:27-30)
burtuQaly: bercinta dengan kawan kerana ALLAH boleh kan? :D peh, jiwang hakhak.
[♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥]